Wednesday, March 13, 2013

Kelam kabut


Saya rasa sungguh kelam kabut sejak dua menjak ini.Mcm byk sgt benda yang perlu dibuat dalam satu2 masa.
Nasib baik lah kerja di pejabat tidak banyak.Dan agak rilex tetapi saya rasa serba salah kerana mengunakan masa pejabat utk menyelesaikan kerja yg tiada kaitan dengan pejabat.
Tidak mahu pisang berbuah 2 kali lagi.
Rezeki tak berkat.

Seperti yg pernah saya maklumkan sebelum ini, saya bercadang utk berhenti kerja.Sekarang saya sudah mempunyai tempoh yg tetap iaitu saya akan berhenti kerja dlm masa 2 tahun ini insyaa Allah. Tetapi dlm masa 2 tahun ini kami perlu buat pelan apa yg perlu kami capai dan perlu ada 2 tahun dari sekarang.
Tetapi bila saya sudah bercadang2 utk berhenti kerja, ada sahaja peluang yang menarik memanggil2, samada dari tempat saya bekerja sekarang ini dan juga dari luar.
Ini membuatkan saya berfikir2, lebih dari 2 kali mengenai keputusan utk saya berhenti kerja.
Bersangka baik, kemungkinan ini adalah satu dugaan yg Dia berikan utk menguji samada tujuan utama saya hendak berhenti kerja itu benar2 kuat atau tidak.
Mungkin juga.
Walaupun banyak tawaran yg menarik menunggu dan ada yang sedang saya nikmati sekarang, tetapi saya merasakan bahawa keputusan saya utk saya berhenti kerja 2 tahun dari sekarang akan saya jadikan kenyataan.

Istikharah Istikharah

No comments: